Thursday 27 November 2014

Udang dan peria masak tempoyak

Assalammualaikum and happy good day.

Harini nak share lagi 1 resepi yang aku buat 2 hari lepas. Dulu aku tak suka makan tempoyak. Since aku dah kahwin dengan orang Pahang ni tetiba aku pun dah jadi suka. Hahaha. Jom layan resepi simple yg sedap ni. Serius sedap!

Bahan-bahan:
1. Peria (1 biji)
2. Udang ( 16 ekor)
3. Bawang merah (3 ulas)
4. Bawang putih (3 ulas)
5. Cili padi ( 8 biji. Kalau nak pedas boleh tambah lagi.)
6. 1 sudu tempoyak

Cara-cara:
1. Potong peria dan rendamkan bersama air garam untuk hilangkan pahit peria.
2.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai halus. Bila dah halus masukkan tempoyak 1 sudu. Tempoyak jangan banyak sangat. Nanti tak sedap. Tapi kalau orang yang suka tempoyak tu boleh juga nak letak banyak. Ikut selera la. Hehe.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi. Tumis sampai naik bau dan masukkan peria. Lepas rendam tu kena tos dan basuh dulu baru masukkan dalam kuali.
4. Kacau peria tadi dan masukkan udang. Gaul sehingga udang masak. Masukkan garam dan gula.
5. Rasa,tutup api dan siap dihidang! Hehe

Senang je kan resepi ni. Selamat mencuba!

Friday 21 November 2014

Masak Lemak Cili Padi Udang Sedap

Assalammualaikum and happy good day.

Hari ni tetiba ada mood pulak nak berkongsi resepi apa yang aku masak hari ni. Hehe. Aku suka sangat masakan ni sebab lemak2 pedas. Hehe. Ok, sembang banyak tak guna. Jom layan resepi.

Resepi udang masak lemak cili api

Bahan-bahan
1. 3 ulas bawang merah - kisar atau tumbuk
2. 3 ulas bawang putih - kisar atau tumbuk
3. Setengah inci halia - kisar atau tumbuk
4. 10-15 biji cili padi (kalau nak pedas letak banyak sikit) - kisar atau tumbuk
5. 2 inci kunyit hidup. Kalau tak ada pun takpe. Pakai je serbuk kunyit
6. Santan pekat
7. Udang sederhana besar
8. Serai dititik

Cara-cara
1. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan dalam periuk dan gaul dengan santan. Kalau pekat tambah dengan air. Kacau bagi sebati dan letakkan atas api.
3. Kacau sampai masak. Masak lemak ni kena kacau je selalu. Kalau tak kacau nanti naik minyak. Tak jadi masak lemak nanti.
4. Bila dah nak masak masukkan udang dan serai. Kacau lagi sampai udang dah masak dan tambahkan gula dan garam.
5. Tutup api. Siappp!!




Friday 13 June 2014

Diapers anak terbaik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Lately ni aku selalu baca review pasai diapers anak. Tah la kenapa, rasa seronok plak baca pengalaman ibu-ibu pasai diapers ni. Ada yang langsung tak kisah berhabis duit untuk diapers semata2 untuk keselesaan anak dan ada jugak ibu-ibu yang sedaya upaya carikan diapers anak yang paling murah tapi berbaloi. Hehehe. Bagi aku, diapers free jugak la yang terbaik sebab tak yah keluarkan duit. Hahahaaha. Actually adik ipar aku ni keja kat kilang drypers (bukan minah kilang). So tiap2 bulan dia boleh beli drypers dengan harga staff. Harga untuk staff lebih kurang harga promosi la. Takda la murah sangat. Tapi ok la kan. Adik ipar aku ni baik orangnya. Dia kesian kat akak ipar dia. Sebab tu dia bagi free je. Haaha. Tq adik! Lap u~~~
Kat sini aku nak listkan diapers apa yang pernah aku sarungkan kat my little gegirl. Oh sebelum tu. My little gegirl dah masuk setahun. Cepatnya masa berlalu. Sobssss~ Semoga Zinnirah jadi anak yang solehah, yang taat pada Allah, yang membahagiakan hati mama dan papa dan menjadi seorang muslimah yang bijaksana dalam menegakkan agama Allah. Amin.

1) Mamy Poko
Pampers ni toksah cakap la. Semua ibu-ibu pun setuju yang pampers ni ranking no 1 di kalangan pampers kat Malaysia. Wahhh. Best sangat ke pampers ni? Bagi aku ia SANGAT BEST! Pampers ni permukaan dia lembut sangat. Macam kapas. Daya serapan pun sangat bagus dan permukaan punggung bayi akan kering sepanjang masa. Sepanjang aku jadi ibu ni baru 2 kali aku beli. Hahaha. Aku sebenarnya suka sangat ngan pampers ni tapi xleh la beli slalu sebab stok pampers aku tak pernah kering kt rumah. Buat apa membazir kan? Drypers pun ok ape. Hehehe


2) Baby love
Jenama ni bagi aku SANGAT OK dan kualitinya setanding Mamy Poko. Aku beli sebab saja nak test. Duk baca review orang semua cakap ok dan boleh kalahkan Mamy Poko. Bagi aku betul la apa yang orang duk cakap. Memang bagus. Permukaan pun kering even dah pee banyak kali. Nampak selesa ja Zinnirah pakai. Aku suka sangat! Lepas ni ingat nak beli lagi. Harga dia boleh tahan. Rm36.90 untuk L56. Ok la kan kalau nak dibandingkan dengan Mamy Poko. Hehe


3) Drypers
Haaa brand ni memang all time feberet Zinnirah la sebab free. Hahaha. Aku memang tak pernah pun fikir pasal diapers sbb stok drypers berkotak2 kat rumah aku. Dah macam kedai runcit dah. Aku ada baca review ibu2 dekat blog. Ramai jugak rupanya ibu2 yang tak suka dengan Drypers ni. Banyak yang cakap kulit anak diorang mudah jadi ruam dan melecet bila pakai brand ni. Aku pakaikan Zinnirah dari 1st day dia lahir sampai sekarang. Alhamdulillah memang tak da sebijik pun  ruam yang mekekat. Kulit baby lain2 kan? Ada yang sesuai ada yang tak. Hehe. So kita sebagai ibu ni kena alert sket la pasal ni. Takut jadi apa2 kat montot anak. Kesian beb kalau tengok dia tergaru2 sebab pedih. Huuu


4) Pet pet
Pampers ni aku pernah pakaikan kat anak aku masa dia saiz s. Bagi aku ok la jugak sebab tak bocor. Selagi tak bocor memang aku akan suka pampers tu. Aku rasa dia punya material dan kualiti lebih kurang macam Drypers je. Permukaan dia takda la lembut sangat. Ok2 je la. Tapi aku suka jugak sbb cutting dia besar sikit dari Drypers. Aku pernah beli 1 pek je. Ingat pasni nak beli 1 pek lagi. Saja nak test pakai L plak. Hihi. (Laki aku mesti emo bila baca ni. Asyik duk try pampers je. Hahahaha)

5) Huggies (kaler biru)
Sorry to say, aku sangat2 tak suka diapers brand ni. Setiap kali Zinnirah pakai mesti bocor! Hoh! Tak tahu lah kenapa. Rasanya betul dah teknik aku sarung pampers tu. Tapi bocor jugak. Stres aku. Daya serapan ok je tapi cepat bocor especially waktu malam. Kalau time siang pun kena kerap tukar la. Kalau tak cepat bocor. Aku beli 1 pek je. Lepas tu dah serik taknak cuba dah. Haha


6) Mamy Poko easy fitpants
Yang ni pun 1 aku tak suka! Kalau pakai waktu malam memang confirm bocor. Ada hari tu anak aku poo, abes bocor kat tepi2 seluar tu. Memang tak best la. Huhu. Dulu aku beli sikit je. 20 keping dalam rm10 gitu. Aku pelik la nape murah sangat. Rupa-rupanya cepat bocor. Ciss, lepas ni aku taknak terpedaya lagi.


7) Diapex
Diapex ni ok jugak. Aku pakaikan Zinnirah saiz s. Masa tu Zinnirah dah nak tukar ke saiz m. So agak sendat sket la. Ada la jugak terbocor tu. Tapi bagi aku boleh handle lagi la bocor tu sebab aku lambat tukar. Hahaha. Aku bagi 3 bintang jela tuk diapers ni dan aku pun ada ingat nak beli lagi nanti. Saja nak abeskan duit laki. Hahahah.


8) Whoopee
Haa. Brand whoopee ni aku suka jugak. Baby aku pakai tak bocor! Aritu terlupa nak tukar pampers dia, rilek je dia pakai dari kul 5 petang sampai kul 10 pagi. Aku bukak masa nak mandi tu memang ok je lagi. Penuh toksah cakap la. Tapi tak bocor langsung. Cuma kembung je. Hehe. Dah jatuh cinta plak. Ingat nanti nak beli lagi la. Hihi.
Pampers ni sebenarnya kena ikut kulit bayi dan keselesaan dia. Ada baby yang boleh pakai je jenis ape pun. Ada baby plak punggung jenis high maintenance. Nak yang mahal aje. Hahaha. Anak korang suka pakai yang mana? :))

Tatata.