Wednesday 27 February 2013

Shaklee Independent Distributor

Assalammualaikum and Happy Good Day.

Semalam tanggal 26 Februari aku baru je dapat no keahlian aku tuk jadi Shaklee Independent Distributor. Wahh. Rasa sangat bersemangat tuk berniaga. Banyak yang aku belajar dari my senior aku. From A to Z dia ajar. Sebelum ni memang aku ada consume supplement Shaklee. Aku amik set kecantikan je. Waktu tu aku still tengah belajar. Best amik Shaklee ni sebab produk ni memang terbukti keberkesanannya. Bila dah pregnant aku stop consume Vitamin E sebab supplement tu tak boleh diambil sewaktu mengandung. So,bila dah pregnant aku rasa macam nak amik set tuk pregnancy plak. Tapi tak berkesempatan lagi nak amik sebab aku ada amik supplement dari hospital kerajaan. Bila dah abis baru ingat nak consume balik Shaklee.
So arini aku nak cerita sikit tentang Shaklee Products yang aku kagumi ni. Hehe.

SEJARAH PENUBUHAN SHAKLEE PRODUK


Dr. Forrest C. Shaklee, Sr.
8
Syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia selama tempoh lebih dari 5 dekad. Dr. Forrest C. Shaklee (gambar di atas. Hensem kan? Hehe) telah mencipta 'Vitalized Minerals' iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia pada tahun 1915. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar. 

KENAPA SHAKLEE?

 
1) Sentiasa Selamat

Keselamatan adalah amat penting di Shaklee dan standard Shaklee memang tiada tandingannya. Para penyelidik telah menjalankan ujian sebanyak lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk bahan pencemaran berbahaya. Selain itu, mereka juga menjalankan lebih daripada 80,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan sebenar dan kebolehan potensi.

2) Sentiasa Berkesan

Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan. Kajian telah dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain atau yang tidak mengambil suplemen langsung. 

3) Sentiasa Mesra Alam

Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah dan juga bumi anda. Ia bermula dengan terciptanya satu daripada pencuci biorosot pertama pada tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. 

4) Sentiasa Halal
Sijil Halal Shaklee

Produk ini telah terbukti kehalalannya dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini terbukti apabila setiap botol Produk Shaklee terdapat satu pelekat kilat pada bahagian depan botol. Pada pelekat tu jugak ada serial number dan printed dari KKM. 

Bahagian depan

Selain itu, bahagian belakang setiap botol Shaklee ada printed 'Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia' dan ada serial number MAL.

Bahagian Belakang
So, gunakan la tanpa was-was. Hehehe.

Ini je yang dapat aku perkenalkan pasal Produk Shaklee. Banyak lagi sebenarnya info yang bakal aku kongsikan kepada korang semua. Tunggu di lain episod okie. Hehehe.

Sesiapa yang berminat dengan produk Shaklee boleh hubungi aku melalui maklumat yang tertera dibawah. Hehe.

ANNUR SHUHADA OMAR
ID NO: 934504
PHONE NO: 016-5380634
EMAIL: annur.shuhada@gmail.com
PAYMENT: MAYBANK
FACEBOOK: AnNur Shuhada
FACEBOOK FANPAGE: Shaklee Independent Distributor 

Assalammualaikum. :)

Wednesday 20 February 2013

Tips : Kurangkan Stretch Mark Selepas Bersalin


Assalammualaikum and Happy Good Day.

Alhamdulillah, harini kalau nak diikutkan kalendar genaplah usia kandungan aku 24 minggu. Cepat je rasa. Pejam celik pejam celik tetiba dah beranak. Huhuhu. Nervous pun ada. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk bersalin nanti. Amin. 

My buku merah. Hehe. Amik pkai kamera hp yang tak canggih. Kabur sikit. Hehe
Bangun je pagi tadi tetiba teringat satu benda yang agak penting buat ibu-ibu sebagai persediaan tuk bersalin iaitu 'STRETCH MARK'. Aku ni bukanlah pandai sangat nak menjaga kecantikan tapi semenjak dapat tau aku mengandung, ramai yang pesan dan bagi petua kat aku suruh aku praktik dari sekarang. Kadang-kadang aku buat, kadang-kadang terlupa jugak. Hehehe. 

First of all, jom kita bertaaruf dulu dengan stretch mark ni. Stretch mark adalah tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara. Mengikut kajian, ia muncul disebabkan pengaruh hormon kehamilan atau dengan bahasa mudahnya disebut sebagai regangan kulit secara mendadak sehingga merosakkan jaringan yang terdapat didalamnya. Ini sekaligus memberikan regangan berlebihan kepada kulit di luar. 

Selain faktor kehamilan, masalah ini juga akan terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada ubat gemuk serta asma. Gambar dibawah adalah antara contoh strecth mark. Thanks to Mr. Google. :)


Pandangan depan.
Pandangan sisi





Cutenya nampak kaki. Hihi. Gambar ni xda kaitan. :P
Okeh, antara cara-cara yang efektif yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan stretch mark adalah seperti berikut: 

1) Minyak Zaitun
Minyak zaitun sangat bagus untuk kesihatan dan juga kulit. Khasiat minyak zaitun juga diperakui keberkesanannya untuk mengubati kesihatan. Dalam hadis nabi pun ada sebut tentang kebaikan minyak zaitun ni lagipun minyak zaitun adalah makanan kegemaran Rasullullah. Kalau kita praktikkan sekurang-kurangnya dapat pahala sunah. :)
Aku start sapu minyak zaitun kat perut semenjak hari first aku tau aku pregnant. Mak, mak mertua dan kakak ipar la yang pesan suh sapu sebab cara ni sangat la efektif dan murah untuk dipraktikkan. Sekurang-kurangnya bila dah bersalin kurang la tanda stretch mark tu kat perut. Selain minyak zaitun, baby oil pun boleh kalau nak guna. Tapi mungkin kurang power kot kalau nak dibandingkan dengan minyak zaitun. Hehe.
Aku pakai brand ni. Hehe.

2) Makanan Sihat
Makanan sihat sangat penting pada badan manusia terutama untuk wanita mengandung dan bersalin. Makanan yang sihat dapat memberikan kelembapan kepada kulit. Ambillah makanan yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Makan mengikut piramid makanan.

3) Air Kosong 
Pengambilan air kosong yang banyak memang tidak dapat dinafikan lagi dalam dunia kesihatan. Kita dinasihatkan untuk meminum 8 gelas air sehari untuk menjaga kelembapan dan elastisi kulit. 


4) Supplement
Gambar ihsan dari  umiaishahdina blog. 
Zaman sekarang ni bermacam-macam jenis supplement yang boleh kita amik untuk kurangkan stretch mark. Antaranya adalah supplement dari produk Shaklee. Produk Shaklee ni memang dipercayai sebab ia adalah supplement yang halal dan telah mendapat kelulusan dari KKM. Macam mana supplement ni boleh membantu? Jom kita tengok. Hehe

  • Menghilangkan kedut, parut dan kesan rekahan pada kulit.
  • Bertindak sebagai agen anti-penuaan.
  • ESP(Energizing Soy Protein) berupaya menghilangkan parut di kulit dengan menambah baikkan sel.
  • Ia jugak bertindak dengan segera dan terus menyerap ke dalam darah.
  • Membantu mencegah pertumbuhan sel terutamanya kanser kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal.
  • Mengecil dan mencerahkan kawasan areola yang biasanya akan menjadi besar dan gelap selepas bersalin. 
  • Melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu. 
Selain dari khasiatnya dalam mencegah stretch mark, ia juga baik tuk ibu yang menyusu. Ia dapat membantu pengeluaran susu yang banyak. 

p/s: kalau ada sapa-sapa yang berminat dengan supplement Shaklee, bolehla hubungi facebook aku  Annur Shuhada

5) Corset
Premium Beatiful Corset
Penggunaan corset yang berterusan dapat membentuk semula bentuk badan yang ideal. Selain tu, ia dapat membaiki kesihatan dan membetulkan kedudukan badan yang terganggu akibat proses bersalin. Salah satu corset yang aku tau adalah Premium Beatiful. Ia mengandungi 3 bahagian iaitu long bra, long girdle dan waist nipper. Setiap bahagian mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Ia juga boleh mengatasi stretch mark selepas bersalin. Kesan penggunaan bergantung kepada individu. Ada yang cepat, ada yang tak. Yang penting kena sabar dan berusaha sikit la untuk cantik. Hehehe. Sapa-sapa yang berminat dengan corset ni boleh hubungi Noor Farhana Shafie. Beliau adalah agen premium beautiful yang berjaya. Hehe

Setakat ini sahaja perkongsian aku dalam cara-cara tuk elakkan stretch mark. Nanti kalau ada info lagi aku kongsi ya. Hehe. Selamat mencuba! Oh ya, sapa berminat dengan supplement Shaklee jangan segan silu contact aku. :)

Assalammualaikum. :)

Monday 18 February 2013

Alkisah Si Rainbow Cake~


Assalammualaikum and happy good day.


Minggu lepas bersamaan dengan 9 Feb 2013 adalah besday my lovely soulmate. Hehehe. 
Taun ni takde hadiah nak bagi kat dia. Maklum la. Dah berhenti kerja. Kena save bajet sikit la. 
Disebabkan kekurangan bajet nak bagi hadiah, aku terfikir nak wat surprise yang sangat la cute tuk dia. Tapi akhirnya surprise tu hanya tinggal kenangan bila rancangan aku, mak mertua dan adik ipar semua tak menjadi. Haha. Kononnya kitorang nak surprisekan dia malam 9hb tu kt Pahang. Adik dia dh siap beli kek Secret Recipe bagai. Sekali xjadi plak nak balik malam tu. Kitorang balik Pahang pagi 9hb tu dan surprise tu kitorang wat pagi tu. Hehe. 

Untuk menggantikan hadiah tahun ni, aku pun terfikir nak buat kek yang sangat cantik tuk dia. Kawan aku ada suggest suruh buat kek pelangi @ rainbow cake. Aku pun mula la bergugel dan terjumpa resepi yang agak simple dari blog Dari Dapur Madiha. Resepi dia nampak sedap sangat. So pada 16 Februari 2013 aku pun try la resepi ni. Senang je nak buat kek ni. Meh nak ajar meh. Hehe. Semua bahan-bahan kek aku beli dekat kedai BAGUS Bakery. Kat situ memang sangat-sangat banyak bahan untuk membuat kek. Rambang mata jadinya. Hehe.

Bahan-bahan:

1) 3 cawan tepung gandum/tepung kek
2) 4 sudu kecil baking powder
3) 1/2 sudu kecil garam
4) 1 cawan butter
5) 5 biji putih telur

6) 2 cawan gula kastor
7) 2 sudu kecil esen vanila
8) 1 1/2 cawan susu segar
9) Pewarna - Merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu


Yang ni plak bahan-bahan tuk membuat cream cheese frosting. Semua bahan perlulah dipukul sehingga kembang.
1) 250gm cream cheese
2) 50gm butter
3) 3/4 gula icing
4) 1 sudu kecik esen vanila
5) 1 biji jus lemon
Okeh, bila dah siap semua bahan-bahan boleh la start membaking. Hehe. Cara-cara yang disarankan tuk membuat kek ni adalah seperti berikut. Maaf tiada gambar tuk segmen ini sebab tak teringat nak amik gambar. Hehe. 

Cara-cara:

1) Sediakan loyang 8 inci. Sapu loyang dengan butter dan alaskan loyang dengan baking paper. Ini adalah cara untuk mengelakkan kek dari melekat dekat loyang. Then, panaskan oven pada suhu 170°C.

2) Ayak tepung, baking powder dan garam dalam 1 mangkuk dan ketepikan.

3) Pukul butter dan gula dengan menggunakan mixer sehingga kembang dan gebu. Pastikan adunan bertukar kaler menjadi warna putih.

4) Masukkan telur putih dan pukul sampai gebu @ ringan. Then, masukkan esen vanila.

5) Masukkan tepung berselang seli dengan susu dengan menggunakan spatula. 

6) Bahagikan adunan tadi sama banyak kepada 6 bekas. 

Pakai pinggan je. Xde mangkuk kecik nak letak. Hehehe
7) Masukkan dalam loyang dan bakar adunan satu persatu dalam oven pada suhu 170°C. Letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah selama 15~20 minit.

8) Dah masak sejukkan dan teruskan membakar yang lain. Jangan tindih-tindihkan kek kerana mudah melekat. 

9) Bila dah sejuk, letak cream cheese frosting kat each layer. 

10) Untuk topping atas kek, bolehlah beli buttercream yang siap dibancuh di kedai membuat kek. Kat situ confirm ada. Hehe

Bila dah siap bolehlah mula berdeco. Inilah hasil kek saya. Decoration memang out sket la sebab aku memang kurang kreatif. Haha.
Senget tu seni. Hihi



My besday boy~ Hehe

Senang je nak buat kek ni. Selamat mencuba! 

Assalammualaikum. :)