Monday 18 February 2013

Alkisah Si Rainbow Cake~


Assalammualaikum and happy good day.


Minggu lepas bersamaan dengan 9 Feb 2013 adalah besday my lovely soulmate. Hehehe. 
Taun ni takde hadiah nak bagi kat dia. Maklum la. Dah berhenti kerja. Kena save bajet sikit la. 
Disebabkan kekurangan bajet nak bagi hadiah, aku terfikir nak wat surprise yang sangat la cute tuk dia. Tapi akhirnya surprise tu hanya tinggal kenangan bila rancangan aku, mak mertua dan adik ipar semua tak menjadi. Haha. Kononnya kitorang nak surprisekan dia malam 9hb tu kt Pahang. Adik dia dh siap beli kek Secret Recipe bagai. Sekali xjadi plak nak balik malam tu. Kitorang balik Pahang pagi 9hb tu dan surprise tu kitorang wat pagi tu. Hehe. 

Untuk menggantikan hadiah tahun ni, aku pun terfikir nak buat kek yang sangat cantik tuk dia. Kawan aku ada suggest suruh buat kek pelangi @ rainbow cake. Aku pun mula la bergugel dan terjumpa resepi yang agak simple dari blog Dari Dapur Madiha. Resepi dia nampak sedap sangat. So pada 16 Februari 2013 aku pun try la resepi ni. Senang je nak buat kek ni. Meh nak ajar meh. Hehe. Semua bahan-bahan kek aku beli dekat kedai BAGUS Bakery. Kat situ memang sangat-sangat banyak bahan untuk membuat kek. Rambang mata jadinya. Hehe.

Bahan-bahan:

1) 3 cawan tepung gandum/tepung kek
2) 4 sudu kecil baking powder
3) 1/2 sudu kecil garam
4) 1 cawan butter
5) 5 biji putih telur

6) 2 cawan gula kastor
7) 2 sudu kecil esen vanila
8) 1 1/2 cawan susu segar
9) Pewarna - Merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu


Yang ni plak bahan-bahan tuk membuat cream cheese frosting. Semua bahan perlulah dipukul sehingga kembang.
1) 250gm cream cheese
2) 50gm butter
3) 3/4 gula icing
4) 1 sudu kecik esen vanila
5) 1 biji jus lemon
Okeh, bila dah siap semua bahan-bahan boleh la start membaking. Hehe. Cara-cara yang disarankan tuk membuat kek ni adalah seperti berikut. Maaf tiada gambar tuk segmen ini sebab tak teringat nak amik gambar. Hehe. 

Cara-cara:

1) Sediakan loyang 8 inci. Sapu loyang dengan butter dan alaskan loyang dengan baking paper. Ini adalah cara untuk mengelakkan kek dari melekat dekat loyang. Then, panaskan oven pada suhu 170°C.

2) Ayak tepung, baking powder dan garam dalam 1 mangkuk dan ketepikan.

3) Pukul butter dan gula dengan menggunakan mixer sehingga kembang dan gebu. Pastikan adunan bertukar kaler menjadi warna putih.

4) Masukkan telur putih dan pukul sampai gebu @ ringan. Then, masukkan esen vanila.

5) Masukkan tepung berselang seli dengan susu dengan menggunakan spatula. 

6) Bahagikan adunan tadi sama banyak kepada 6 bekas. 

Pakai pinggan je. Xde mangkuk kecik nak letak. Hehehe
7) Masukkan dalam loyang dan bakar adunan satu persatu dalam oven pada suhu 170°C. Letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah selama 15~20 minit.

8) Dah masak sejukkan dan teruskan membakar yang lain. Jangan tindih-tindihkan kek kerana mudah melekat. 

9) Bila dah sejuk, letak cream cheese frosting kat each layer. 

10) Untuk topping atas kek, bolehlah beli buttercream yang siap dibancuh di kedai membuat kek. Kat situ confirm ada. Hehe

Bila dah siap bolehlah mula berdeco. Inilah hasil kek saya. Decoration memang out sket la sebab aku memang kurang kreatif. Haha.
Senget tu seni. Hihi



My besday boy~ Hehe

Senang je nak buat kek ni. Selamat mencuba! 

Assalammualaikum. :)

2 comments:

  1. tahniah! sangat2 cantik rainbow kek yg adik buat utk en. abg tu.. mesti dia bangga kan? terima kasih jadikan blog akak sebagai rujukan walaupun byk lagi resepi lain dari blogger2 hebat.. hehe.. thnks dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..thanks byk2 sbb bg resepi..senang je nk buat ikut resepi akak..tapi deco kek sy xcantik mcm kek besday boy akak..hehehe

      Delete