Thursday, 27 November 2014

Udang dan peria masak tempoyak

Assalammualaikum and happy good day.

Harini nak share lagi 1 resepi yang aku buat 2 hari lepas. Dulu aku tak suka makan tempoyak. Since aku dah kahwin dengan orang Pahang ni tetiba aku pun dah jadi suka. Hahaha. Jom layan resepi simple yg sedap ni. Serius sedap!

Bahan-bahan:
1. Peria (1 biji)
2. Udang ( 16 ekor)
3. Bawang merah (3 ulas)
4. Bawang putih (3 ulas)
5. Cili padi ( 8 biji. Kalau nak pedas boleh tambah lagi.)
6. 1 sudu tempoyak

Cara-cara:
1. Potong peria dan rendamkan bersama air garam untuk hilangkan pahit peria.
2.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai halus. Bila dah halus masukkan tempoyak 1 sudu. Tempoyak jangan banyak sangat. Nanti tak sedap. Tapi kalau orang yang suka tempoyak tu boleh juga nak letak banyak. Ikut selera la. Hehe.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi. Tumis sampai naik bau dan masukkan peria. Lepas rendam tu kena tos dan basuh dulu baru masukkan dalam kuali.
4. Kacau peria tadi dan masukkan udang. Gaul sehingga udang masak. Masukkan garam dan gula.
5. Rasa,tutup api dan siap dihidang! Hehe

Senang je kan resepi ni. Selamat mencuba!

Friday, 21 November 2014

Masak Lemak Cili Padi Udang Sedap

Assalammualaikum and happy good day.

Hari ni tetiba ada mood pulak nak berkongsi resepi apa yang aku masak hari ni. Hehe. Aku suka sangat masakan ni sebab lemak2 pedas. Hehe. Ok, sembang banyak tak guna. Jom layan resepi.

Resepi udang masak lemak cili api

Bahan-bahan
1. 3 ulas bawang merah - kisar atau tumbuk
2. 3 ulas bawang putih - kisar atau tumbuk
3. Setengah inci halia - kisar atau tumbuk
4. 10-15 biji cili padi (kalau nak pedas letak banyak sikit) - kisar atau tumbuk
5. 2 inci kunyit hidup. Kalau tak ada pun takpe. Pakai je serbuk kunyit
6. Santan pekat
7. Udang sederhana besar
8. Serai dititik

Cara-cara
1. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan dalam periuk dan gaul dengan santan. Kalau pekat tambah dengan air. Kacau bagi sebati dan letakkan atas api.
3. Kacau sampai masak. Masak lemak ni kena kacau je selalu. Kalau tak kacau nanti naik minyak. Tak jadi masak lemak nanti.
4. Bila dah nak masak masukkan udang dan serai. Kacau lagi sampai udang dah masak dan tambahkan gula dan garam.
5. Tutup api. Siappp!!




Thursday, 13 November 2014

NurAni

Assalammualaikum and happy good day.

NurAni. Nama ni hasil perbincangan aku dan kawan aku Ani Amnani. Kitorang memang dah lama merancang nak buat bisnes sendiri. Akhirnya berbekalkan doa dan modal yang sikit ni berjaya jugak kitorang buat label baju sendiri yang dibagi nama 'NurAni'. 

Buat masa ni kami menjual blouse muslimah yang sesuai dipakai untuk semua golongan dari anak dara, mak dara dan nenek dara. Bukan tu saja, ibu menyusu pun boleh pakai sebab kitorang ada buat hidden zip untuk memudahkan ibu menyusukan anak. Jadi tak perlulah nak selak menyelak time nak menyusu tu. Collection pertama NurAni adalah Zinnirah Blouse. Blouse ni memang signature product kitorang la. Mula-mula release ada 6 colour je. Saja nak test market. Tak sangka dapat sambutan jugak blouse ni. Hehe. Jadi 2nd collection is Zinnirah Blouse jugak with 10 new colours. Uhhhuuu. Serius tak sabar nak release colour baru sebab semua blouse tu digunting dan dijahit sendiri oleh kami berdua. Aku yang tak pandai menjahit ni pun tetiba dah terbeli mesin jahit sendiri. Hahaha. Jom layan baju-baju ekslusif kitorang. 

Logo ni sementara je sebab aku dah suruh suami aku design lain. Hahaha.

Ini 1st collection Zinnirah Blouse. Ada 6 colour semuanya. Lepas ni Insyaallah kitorang akan keluarkan lagi 10 colour. 

Hidden zip untuk memudahkan ibu menyusu. Ada 2 hidden zip kat dada. 

Serius senang nak menyusu pakai baju ni. Serius!!

Haa. Gambar ni nampak 2 2 belah. 

Kaler merah. Cantik kan?

Kaler biru ni pun cantik.


Semua gambar-gambar ni diambil oleh personal photographer kitorang iaitu Everybodyphoto. Boleh follow diorang dekat facebook EverybodyPhoto. Macam-macam jenis gambar diorang amik. Dari gambar kahwin, maternity shoot, product dan macam-macam lagi la. Hehehe. Nak tahu lebih lanjut boleh check kat link tu. 

Dalam masa terdekat Insyaallah akan direlease new collection. Jangan lupa beli ok!


Wednesday, 12 November 2014

Happy birthday AnNur Zinnirah Binti Zulhasrulizwan.

Assalammualaikum and happy good day.

Zinnirah 1st brithday.

Semalam adalah anniversary ketiga aku dan suami. Harini rasa macam nak kongsi pulak pengalaman aku masa bersalinkan Zinnirah hari tu. Bagi aku memang satu pengalaman yang susah nak dilupa sebab semuanya berlaku tanpa dirancang. Aku ingat dapat beranak normal tapi rupa-rupanya Allah nak bagi aku merasa bersalin secara emergency ceaser tanpa perlu menanggung sakit yang amat sangat. Bukan aku tak rasa sakit langsung. Cuma aku sempat rasa kejap je sebab baby aku tak menyempat nak ajak keluar sampai lemas dia kat dalam. Hahaha. Kat sini aku nak kongsikan secara ringkas kronologi yang berlaku pada 9.6.2013 dan 10.6.2013. Kalau nak cerita detail sampai 10 part pun takkan habis. Haha

9.6.2013

9.00 pagi - Lepas subuh macam biasa, aku merebahkan diri konon-konon nak baring kejap sementara nak tunggu pagi. Ingat nak pegi pasar tani sebab hari tu hari ahad rasanya. Aku bangun je dari tido tetiba terdengar bunyi macam 'poop' disertai dengan air yang mencurah-curah keluar. Waktu tu rasa nervous jugak la. Pengalaman pertama kan. Aku terus capai phone dan call mak dan suami aku. Mak aku tengah kerja waktu tu. Suami aku plak duk ada kat KL. Dia memang tengah ready je nak balik bila-bila. Aku memang dah lama balik Kedah sebab nak bersedia untuk bersalin. 10 minit lepas tu mak aku pun balik kerja dan kitorang pun terus pegi hospital. Sebelum bertolak ke hospital tetiba jururawat masyarakat datang nak check aku dan keadaan rumah. Masa dia check tu tekanan darah aku memang ok sangat-sangat. Terus dia nasihat aku suruh pegi hospital.

10.30 pagi- Sampai je hospital terus masuk labour room sebab doktor nak cek bukaan semua tu. Lama gak la menunggu sebab ramai orang. Dalan pukul 12 baru dapat cek. Masa cek tu tetiba ja tekanan darah aku naik mendadak! Aku pun pelik kenapa padahal aku rasa aku tak da la nervous sangat. Sikit-sikit tu ada la. Huhu. Dekat sini bermulalah episod hitam aku. Hahaha.

1.00 tengahari- Aku ditolak masuk wad. Aku dapat bilik kelas 2. Bilik tu ada aircond yang sangat sejuk. Memang menggigil aku dekat situ walaupun waktu tu memang tengah panas kat luar. Aku dah rasa lain macam dah. Awat badan aku tetiba ja sejuk semacam ja ni. Setiap 15 minit sekali mesti aku pegi tandas. Keluar je dari tandas lagi la bertambah sejuk. Aku pun selimut ja badan aku. Masa tu tak ada rasa lagi contraction ke apa. Dalam pukul 2 lepas mak dan abah aku urus-urus hantar aku masuk wad depa pun balik. Mak cakap petang kang mak mai lagi.

6.00 petang- Mak, abang, kakak ipar dan anak sedara datang melawat aku. Masa tu aku tengah rilek- rilek ja. Diorang datang kemas-kemas katil dan barang aku. Dalam 15 minit lepas tu tetiba suami aku masuk bilik. Masa dia sampai tu terus rasa nak menangis. Kahkah. Motip sangat. Dia baru sampai dari KL. 6 jam perjalanan dari KL ke Alor Setar. Aku baru nak pesan kat dia jgn update apa-apa kat facebook pasal aku nak bersalin ni. Belum sempat nak pesan dia dah update mcm-mcm dah. Ciss. Hahahaa.

10.00 malam- Suami aku balik rumah dulu untuk rehat dan makan. Tetiba doktor datang jumpa aku dia cakap dia nak jumpa suami aku. Aku pun suruh suami aku datang semula untuk tandatangan borang perjanjian bersalin ni. Masa dia datang tu aura2 nak demam tu dah rasa. Badan aku macam panas sikit. Tapi aku tak cerita kat sapa pun sebab aku rasa cam normal kot sebab aku duduk dalam bilik yang sejuk. Lepas dah tandatangan tu dia tunggu kat luar. Dia cakap dia nak tido kat hospital. Aku suruh dia balik dulu sebab aku tak rasa sakit lagi. Dia tetap berkeras nak tunggu jugak. Sayang bini lettew. Hahaa

10.6.2013

12.00 malam- Aku dah mula rasa contraction 10 minit sekali. Masa rasa tu dalam hati aku boleh bermonolog plak. Haha. Aku rasa dalam pagi macam tu dapat la tengok baby sebab aku dah start contraction ni.

3.00 pagi- Contraction aku makin kerap. Makin kerap jugak aku ke tandas. Setiap kali aku ke tandas mesti aku akan menggigil gila-gila. Sejuk sangattt. Memang tak tahan rasa. Masa tu aku menyerah diri dekat doktor nak cek bukaan. Baru bukak 2cm dia kata. Aduhh. Sakitnya. Baru 2cm ja yang bukak? Tetiba terbayang mak aku yg sakit contraction untuk 7 orang anak dia. Huhu.

5.00 pagi- Nurse panggil untuk check ctg. Masa tengah cek tu badan aku dah ketar-ketar. Sejuk yang amat sangat aku rasa bilik tu. Tapi masa tu boleh tahan lagi tanpa selimut. Masa nurse tengah cek aku diam je. Tak sembang langsung dengan nurse sebab aku tengah tahan sakit. Haha. Masa cek tu nurse macam pelik sebab bacaan nadi anak aku laju dan tak sekata. Dia ingat mesin rosak. Setengah jam aku tadah perut cek ctg tetiba dia cakap mesin rosak. Ciskek. Haha. Dia pun tukar mesin, another 30 minutes plak kena tunggu cek degupan jantung baby.

6.30 pagi- Lepas cek ctg tadi dia suh aku rehat. Tak sampai stgh jam tetiba nurse panggil nak check lagi sekali. Kali ni aku rasa macam lemah sangat. Dah la tengah sakit, pastu nk kena menggigil dalam bilik tu plak. Haihh. Sabar jela. Masa masuk dlm bilik ctg tu, aku mintak nurse tu bagikan selimut. Aku sejuk sangat sampai tak boleh bercakap. Dia pun selimutkan aku. Dalam setengah jam lepas tu dia tgk result ctg aku. Berkerut muka dia tengok. Dia pun pggil kawan dia. Kawan dia cakap kena tunggu doktor datang check balik sebab bacaan ctg anak aku macam pelik. Tak sekata dan sangat laju. Sementara nak tunggu doktor datang check dia suruh aku rehat dulu kat katil.

7.20 pagi- Doktor panggil aku sebab nak induce. Doktor dah bagitau semalam kalau 24 jam aku leaking tapi still tak beranak dia akan induce. Aku pun dengan rela hatinya pegi la induce. Masa tengah induce tu dia perasan yang badan aku tengah high temperature. Dia tanya aku demam ke? Aku angguk je. Dia cakap lepas induce rehat dulu selama sejam. Jangan jalan-jalan lagi. Baring je. Aku pun balik ke katil terus baring dan cuba tuk tido sambil menahan sakit. Perghh. Tak leh bayang waktu tu. Memang sakit sangat-sangat. Masa tu tetiba suami aku mesej dia cakap nak balik mandi kejap. Kejap lagi dia datang balik. Sepanjang malam tu aku mesej je dengan dia tak berhenti. Tapi aku takda langsung mengadu kat dia yang aku sakit ke apa. Aku pun tak tau kenapa aku tak mengadu kat dia. Padahal aku dah separuh mati tanggung sakit ni. Hahaha. Sebab tu la dia ingat aku tak sakit kot time bersalin. Gamaks.

8.40 pagi- Nurse panggil untuk cek ctg lagi. Kali ni 15 minit je check then dia panggil doktor. Masa tu ada la nak dekat 8 orang doktor kerumun aku. Pehh. Rasa cam tengah tengok cerita omputeh sangat. Ketua doktor tu cek bukaan dan dia kata baru 2cm dan aku high fever. Aku mcm terkejut sebab dia kata bukak 2cm. 2cm ja? Aku dah sakit lama dan sangat-sangat sakit aku rasa. Doktor cakap bukaan aku tak bukak sebab aku high fever. Degupan jantung anak aku dah laju sangat. 190/min. Kalau normal 110-160 ja. Tapi baby aku dah laju sgt ni. Tetiba ketua doktor tu cakap 'ok, we proceed emergency ceaser. I nak kosongkan operation room bagi patient ni proceed dulu'. Tergamam aku. Dia cakap kalau tangguh-tangguh takut ada bacteria infection kat baby. Terus laju je nurse2 tu buat kerja. Dia pasang tiub kencing dan wayar-wayar apa tah kat badan aku. Aku mintak nak cal mak dan suami aku. Aku cal suami aku. Banyak kali cal. Boleh plak tak angkat. Pastu aku cal mak. Aku bagitau yang aku nak kena czer. Mak aku terkejut dan tanya kenapa. Aku tak sempat nak jawab sebab nurse dah pegang fon aku. Dia dah nak tolak aku masuk bilik bedah.

9.15 pagi- Aku dah masuk dalam operation room. Dekat sini semua doktor dan nurse baik-baik. Aku suka sangat. Diorang layan aku macam puteri. Sebelum czer tu semua doktor perkenalkan diri. Aku hanya mampu angguk je sebab aku sakit lagi time tu. Lepas doktor dah cucuk epidural baru aku tak rasa apa2 bahagian bawah. Rasa kebas gila! Serius tak selesa. Haha. Tapi ok la. At least aku dah tak rasa sakit dah. Masa nak czer tu nurse suruh aku tenangkan diri. Dia cakap aku punya jantung 50/50. Laju sangat. Dia suh aku cool down sebab takut effect kat baby. Sebelum czer doktor ada cakap awak akan rasa semua pergerakan yang doktor buat kat awak. Kecuali rasa sakit ja tak rasa. Memang aku rasa semua benda yang diorang wat kat aku. Diorang tolak-tolak, tekan-tekan perut. Hehehe. Tepat pukul 9.47 pagi terdengar la suara baby nangis. Alhamdulillah. Syukur sangat2 ya Allah. Lepas tu doktor datang tunjuk. Dia suruh tengok jantina baby. Eh,baby girl rupanya anak mama. Heheehe. Sebelum ni setiap kali scan tak pernah pun nampak gender dia. Nak bagi surprise la tu. Hehe

Zinnirah 2nd day

11.00 pagi- Aku pun ditolak untuk masuk dalam wad. Keluar je dari operation room, aku nampak suami, mak dan abah aku tengah tunggu aku. Suami aku pun tolak stretcher aku sekali. Masa tu aku mcm separuh sedar. Hahaha. Aku agak terkilan sikit sebab kitorang plan nak sambut baby sama2 dalam labour room. Tapi hasrat tu tak kesampaian. Huhu. Xpela. Maybe rezeki next baby. Hehe. Lepas dah setel tukar katil ape semua nurse suruh suami aku temankan aku sementara menunggu waktu melawat. Waktu tu sempat jugak la pesan kat suami suruh tengok baby kat nicu kejap lagi. Anak aku kena masuk nicu selama seminggu sebab suspect bacteria infection. Alhamdulillah semuanya ok. Dia tak kena infection pun tapi bacteria tu sempat hinggap kat uri aku. Nasib baik cepat doktor dan nurse tu amik tindakan. Oh ya masa suami temankan aku tu dia ada cakap yang dia dah masuk dalam operation room nak teman aku. Tetiba datang nurse halau dia sebab dalam O.R suami tak boleh teman. Haha. Suka hati dia ja masuk.

Lepas semuanya dah selamat aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab dikurniakan orang sekeliling yang sentiasa mengambil berat pasal aku. Suami aku semalaman tak tido temankan aku kat hospital. Walaupun tak boleh masuk bilik tapi dia still teman aku dari jauh. Hahaha. 3 hari lepas tu aku dah boleh balik rumah cuma baby ja masih dalam nicu. Doktor still nak pantau lagi takut ada infection ke apa. Hari-hari suami berulang-alik pegi hospital tengok-tengokkan baby dan bagi susu. Kesian dia. Sehari 2 kali dia akan pegi hospital. Hari-hari jugak aku suruh dia amik gambar baby sebab aku tak puas tengok muka baby lagi. Hahaha. Pengorbanan dia sangat besar sebab sanggup susahkan diri jaga aku sepanjang berpantang. Malam-malam pun dia tak tido sangat sebab takut aku nak pegi tandas ke apa. Thank you sebab jaga saya dari mula kawin sampai sekarang. Aku memang jenis tak pandai nak berkata-kata manis. Hahaha. Setakat thank you ja la yang aku pandai. Hihi.

Zinnirah with abah. Mengadanyeww abah Zinnirah. Hahaha.

Mama & mak dik yang tomey. Gambar Zinnirah dgn ayah2 sedara dia aku cari tak jumpa plak. Hahaha.

Mak dan abah aku paling banyak berjasa sebab diorang ada bersama aku waktu mula-mula sakit sampai la 3 bulan berpantang. Tak tahu macam mana nak balas budi diorang. Mak aku pun tiap-tiap malam tido-tido ayam ja sebab dia akan bangun sama kalau dengar anak aku nangis. Walaupun aku tak bagi dia bangun tapi dia tetap nak temankan aku. Abah aku plak sanggup pegi bendang hari-hari semata-mata nak tangkap ikan haruan kat aku. Beli macam-macam untuk sembuhkan luka aku. Terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah. Hanya Allah ja yang boleh balas budi.

With Tok mama

Mak dan abah mertua pun hari-hari akan tanya keadaan aku dan baby. Diorang sanggup datang dari pahang ke kedah sebab nak tengok aku dan baby. Siap bawak ikan haruan pahang lagi. Hahaha.

Tok mak dan Tok abah

Panjang jugak cerita aku rupanya.  Hahaha. Buat Zinnirah, nanti dah besar rajin-rajin la blog walking kat blog mama ni. Hahaha. Baca balik kisah ni. Kalau ada terasa hati atau ada perasaan nak lawan mama tu ingat balik sakit mama time nak bersalinkan Zinnirah. Bukan senang nak lahirkan zuriat sendiri. Hanya Allah ja yang tau macam mana rasa tu. Ingat pengorbanan mama, abah, tok mama, tokwan, tok mak, tok abah dan semua org yang berjasa dengan mama. Sekian.
posted from Bloggeroid