Wednesday 20 February 2013

Tips : Kurangkan Stretch Mark Selepas Bersalin


Assalammualaikum and Happy Good Day.

Alhamdulillah, harini kalau nak diikutkan kalendar genaplah usia kandungan aku 24 minggu. Cepat je rasa. Pejam celik pejam celik tetiba dah beranak. Huhuhu. Nervous pun ada. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk bersalin nanti. Amin. 

My buku merah. Hehe. Amik pkai kamera hp yang tak canggih. Kabur sikit. Hehe
Bangun je pagi tadi tetiba teringat satu benda yang agak penting buat ibu-ibu sebagai persediaan tuk bersalin iaitu 'STRETCH MARK'. Aku ni bukanlah pandai sangat nak menjaga kecantikan tapi semenjak dapat tau aku mengandung, ramai yang pesan dan bagi petua kat aku suruh aku praktik dari sekarang. Kadang-kadang aku buat, kadang-kadang terlupa jugak. Hehehe. 

First of all, jom kita bertaaruf dulu dengan stretch mark ni. Stretch mark adalah tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara. Mengikut kajian, ia muncul disebabkan pengaruh hormon kehamilan atau dengan bahasa mudahnya disebut sebagai regangan kulit secara mendadak sehingga merosakkan jaringan yang terdapat didalamnya. Ini sekaligus memberikan regangan berlebihan kepada kulit di luar. 

Selain faktor kehamilan, masalah ini juga akan terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada ubat gemuk serta asma. Gambar dibawah adalah antara contoh strecth mark. Thanks to Mr. Google. :)


Pandangan depan.
Pandangan sisi





Cutenya nampak kaki. Hihi. Gambar ni xda kaitan. :P
Okeh, antara cara-cara yang efektif yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan stretch mark adalah seperti berikut: 

1) Minyak Zaitun
Minyak zaitun sangat bagus untuk kesihatan dan juga kulit. Khasiat minyak zaitun juga diperakui keberkesanannya untuk mengubati kesihatan. Dalam hadis nabi pun ada sebut tentang kebaikan minyak zaitun ni lagipun minyak zaitun adalah makanan kegemaran Rasullullah. Kalau kita praktikkan sekurang-kurangnya dapat pahala sunah. :)
Aku start sapu minyak zaitun kat perut semenjak hari first aku tau aku pregnant. Mak, mak mertua dan kakak ipar la yang pesan suh sapu sebab cara ni sangat la efektif dan murah untuk dipraktikkan. Sekurang-kurangnya bila dah bersalin kurang la tanda stretch mark tu kat perut. Selain minyak zaitun, baby oil pun boleh kalau nak guna. Tapi mungkin kurang power kot kalau nak dibandingkan dengan minyak zaitun. Hehe.
Aku pakai brand ni. Hehe.

2) Makanan Sihat
Makanan sihat sangat penting pada badan manusia terutama untuk wanita mengandung dan bersalin. Makanan yang sihat dapat memberikan kelembapan kepada kulit. Ambillah makanan yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Makan mengikut piramid makanan.

3) Air Kosong 
Pengambilan air kosong yang banyak memang tidak dapat dinafikan lagi dalam dunia kesihatan. Kita dinasihatkan untuk meminum 8 gelas air sehari untuk menjaga kelembapan dan elastisi kulit. 


4) Supplement
Gambar ihsan dari  umiaishahdina blog. 
Zaman sekarang ni bermacam-macam jenis supplement yang boleh kita amik untuk kurangkan stretch mark. Antaranya adalah supplement dari produk Shaklee. Produk Shaklee ni memang dipercayai sebab ia adalah supplement yang halal dan telah mendapat kelulusan dari KKM. Macam mana supplement ni boleh membantu? Jom kita tengok. Hehe

  • Menghilangkan kedut, parut dan kesan rekahan pada kulit.
  • Bertindak sebagai agen anti-penuaan.
  • ESP(Energizing Soy Protein) berupaya menghilangkan parut di kulit dengan menambah baikkan sel.
  • Ia jugak bertindak dengan segera dan terus menyerap ke dalam darah.
  • Membantu mencegah pertumbuhan sel terutamanya kanser kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal.
  • Mengecil dan mencerahkan kawasan areola yang biasanya akan menjadi besar dan gelap selepas bersalin. 
  • Melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu. 
Selain dari khasiatnya dalam mencegah stretch mark, ia juga baik tuk ibu yang menyusu. Ia dapat membantu pengeluaran susu yang banyak. 

p/s: kalau ada sapa-sapa yang berminat dengan supplement Shaklee, bolehla hubungi facebook aku  Annur Shuhada

5) Corset
Premium Beatiful Corset
Penggunaan corset yang berterusan dapat membentuk semula bentuk badan yang ideal. Selain tu, ia dapat membaiki kesihatan dan membetulkan kedudukan badan yang terganggu akibat proses bersalin. Salah satu corset yang aku tau adalah Premium Beatiful. Ia mengandungi 3 bahagian iaitu long bra, long girdle dan waist nipper. Setiap bahagian mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Ia juga boleh mengatasi stretch mark selepas bersalin. Kesan penggunaan bergantung kepada individu. Ada yang cepat, ada yang tak. Yang penting kena sabar dan berusaha sikit la untuk cantik. Hehehe. Sapa-sapa yang berminat dengan corset ni boleh hubungi Noor Farhana Shafie. Beliau adalah agen premium beautiful yang berjaya. Hehe

Setakat ini sahaja perkongsian aku dalam cara-cara tuk elakkan stretch mark. Nanti kalau ada info lagi aku kongsi ya. Hehe. Selamat mencuba! Oh ya, sapa berminat dengan supplement Shaklee jangan segan silu contact aku. :)

Assalammualaikum. :)

4 comments:

  1. tq mommy to be for mentioning my blog...anyone who wanna know more can just pm me or whatsapp at my no k. 012-6727704. ;)

    ReplyDelete
  2. salam...
    tahniah dah ada blog sendiri yg cantik... TQ follow akak ye.. nnt akak follow annur juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq akak..sy ada mention blog akak dlm entry alkisah si rainbow cake..:)

      Delete